LAPORAN
---------------------------------------------------------------------------
Kaunter tersebut berjalan dengan lancar. Keahlian baru pun mengalakkan tetapi ramai daripada mereka telah pun menjadi ahli (keahlian pkr ampang melonjak dari 2000 ke 8000 selama 2 bulan ini)lebih ramai ahli yang masuk adalah dikalangan kaum india dan cina dan mereka yang masuk itu terdiri dari pelbagai umur dari 18 tahun ke 70 tahun yang paling tua. Walaubagaimanapun, sambutan dari kaum wanita adalah kurang.
Dari segi aduan yang di terima adalah kurang kerana mereka rata-ratanya gembira dan berpuas hati dengan kerajaan baru.
Aduan yang diterima:-
-Kebanyakkan adalah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan seperti longkang yang tersumbat.
-Masalah PATI
-Peniaga pasar malam yang tergugat akibat peniaga asing dari ACHEH
-Masalah ibu tunggal yang miskin.
-Masalah kerana tidak dapat zakat dari Lembaga Zakat Selangor kerana muaalaf.
Aduan-aduan tersebut akan dikumpulkan kemudian akan diselesaikan InsyaALLAH dengan muzakarah dan di bawa ke pihak yang berwajib.
Kaunter ini akan terus dibuka tiap-tiap minggu di setiap pelusuk ampang dimana lokasinya akan berubah. Kaunter seterusnya dijadualkan pada 25/05/08 di pusat membeli belah Spectrum Ampang dan bakal dilawati oleh YB Azmin InsyaALLAH.
Kami berasa amat gembira kerana dapat bersama masyarakat setempat dan mereka juga berasa amat gembira melihat kami bersama-sama mereka. Rata-ratanya mereka akan singgah ke kaunter kami tidak kira kaum atau bangsa sambil berbual dengan mesra dan bertanyakan khabar YB kita ramai juga yang mengirim salam pada YB. Mereka berasakan yang mereka memang bersama kita dan mereka juga berjuang bersama kita kerana bagi mereka Parti keADILan Rakyat adalah milik mereka bersama. Tiada isu kaum, ugama, darjat atau umur TERBUKTI!!Parti keADILan rakyat adalah milik rakyat untuk rakyat!!!!
SUARA RAKYAT, SUARA RAKYAT!!!TAKBIRRRRRR!!!!!!!!!!!!
Keratan akhbar Harian Sinar.